Tetapi, bukan itu sahaja, masa juga adalah amat penting terutamanya ketika bujang inilah anda mempunyai banyak masa untuk mendalami ilmu kewangan. Waktu ini juga, anda mempunyai banyak masa untuk belajar dari sebarang kesilapan kewangan.
Juga, waktu muda dan bujang adalah waktu anda penuh dengan semangat, cita-cita dan tenaga untuk melakukan sesuatu yang baru dan luar biasa mencari pengalaman kerja ataupun pengalaman memulakan perniagaan.
Jangan tunggu apabila sudah berkahwin baru mahu memikul tanggungjawab, oleh kerana tabiat lama pasti akan diulangi. Tanam tabiat berjimat cermat dan mengambil endah soal kewangan ketika bujang. Letakkan matlamat untuk beli kereta, rumah dan mendirikan rumah tangga (mengikut turutan itu!) dan meringankan segala bebanan hutang sebelum memasuki alam berkeluarga. Ini kerana, apabila berkeluarga, masalah kewangan lain pula akan timbul.
Dua perkara yang amat penting dilakukan sekarang adalah, pertama, tambahkan pengetahuan, skil dan juga pengalaman dalam bidang kerja anda. Kedua, sekiranya anda beminat untuk memulakan perniagaan, pelajari selok belok berniaga dan mulakan perinagaan kecil-kecilan dari sekarang. Dalam industri kerja dan juga berniaga, skil dan pengalaman akan menambahkan pendapatan kita. Ketika bujang ini, gunakan masa tersebut untuk siap sediakan diri menjana pendapatan yang lebih apabila berkeluarga kelak!
0 comments:
Post a Comment